DNS Hosting Malaysia

Memastikan laman sesawang anda sentiasa dalam talian

Pengenalan DNS

DNS atau lebih dikenali sebagai Domain Name Server. Setiap Domain Name mempunyai alamat IP (IP Address) yang tersendiri. Contohnya, www.contoh.com ialah 92.178.132.100. Alamat IP atau IP Address merupakan salah satu cara browser yang anda gunakan untuk mengenalpasti lokasi laman web tersebut.

Apabila anda menaip nama domain (www.contoh.com) ke ruangan carian Google atau apa sahaja jenis browser anda gunakan, DOMAIN NAME SERVER (DNS) akan mencari dan menjejak alamat IP (Internet Protocol Address) di dalam pangakalan data (database) kemudian akan memaparkan laman web tersebut di paparan broswer anda.

Melalui servis DNS HOSTING, laman web anda adalah lebih selamat daripada diceroboh oleh pihak lain dan ia memastikan laman web anda sentiasa dalam talian (online) pada setiap masa. Memiliki laman web sahaja tidak mencukupi jika tidak dilengkapi dengan sistem keselamatan yang mantap dan mesra pengguna.

DNS Hosting Malaysia | Secure and 99.99 Uptime
Pakej DNS Hosting Malaysia
1- Domain Only

Pakej Standard ini hanya terhad pada sebuah domain sahaja pada ketika ini. Sebarang penambahan pakej berkenaan DNS Hosting akan dilakukan kemudian jika diperlukan.

Control Web Panel

Control web panel disediakan untuk anda gunakan dan ia mudah untuk dikendalikan. Tidak memerlukan pengetahuan bidang perkomputeran yang mendalam untuk memahami haluan sistem DNS Hosting dilakukan.

24/7 Technical Support

Khidmat pelanggan kami adalah 24/7 secara online. Jika anda menghadapi masalah terhadap mana-mana pakej disediakan, pasukan kami akan hubungi anda secepat mungkin untuk membantu menyelesaikan masalah.

99.99% Uptime Guaranteed

Memastikan laman web anda sentiasa dalam talian sepanjang masa.

Anda boleh mengubah A, RX, TX dan CNAME records untuk membuat redirection tersendiri. Info lanjut boleh didapati di sini - DNS Records Types and How to Use Them

Ralat Pada Sistem Laman Sesawang

Antara sebab-sebab utama anda perlu menggunakan servis DNS Hosting adalah seperti berikut:-

Respon DNS Terlalu Perlahan

Apabila respon DNS (DOMAIN NAME SERVER) terlalu perlahan, browser anda akan memaparkan "Site Not Found" atau diikuti Kod Ralat seperti "404 Not Found". Pelbagai faktor mempengaruhi masalah ini namun punca utama adalah kerana respon DNS terlalu perlahan. Apabila ia tidak mampu memaparkan apa-apa data kerana loading terlalu lama, ia akan memaparkan notis ralat (error notice).

Penceroboh Laman Sesawang

Penceroboh atau lebih dikenali sebagai hackers, merupakan golongan yang boleh menceroboh laman sesawang anda dan mengubah laluan IP address ke "Fake Website" yang menyerupai laman sesawang anda. Kemudian, pelanggan anda yang tidak mengetahui perkara tersebut akan memasukan data peribadi mereka apabila melakukan akses ke laman web fake. Data peribadi pelanggan anda telah jatuh ke pihak lain secara tidak langsung.

Bagaimana DNS Hosting Membantu Anda?
Dijamin 99.99% Uptime

Memastikan laman sesawang anda sentiasa dalam talian sepanjang masa tanpa berlaku sebarang masalah pada sistem anda. Apabila laman sesawang anda kekal dalam talian, ia bukan sahaja memudahkan urusan pelanggan anda malah kedudukan anda kekal terbaik dalam Google.

Nama Mudah Diingati

Melalui servis ini, anda boleh membuat "redirection" pada laman sesawang anda untuk mudah diingati seperti whatsapp.contoh.com daripada anda menaip url seperti ini https://api.whatsapp.com/send?phone=60109502101 atau http://bit.ly/2k8njIC kerana ia sukar untuk diingati dan hafal.

Sokongan Waktu Kecemasan

Servis ini juga bertindak sebagai sokongan kecemasan pada Server Induk laman sesawang anda. Jika server induk anda berlaku putus bekalan elektrik, sistem kami akan memastikan laman web anda sentiasa dalam talian sementara menunggu server induk anda kembali beroperasi seperti biasa. Operasi di laman web adalah berjalan seperti biasa.

Melindungi Laman Web

Servis ini juga mampu melindungi laman web anda daripada diserang daripada pencerobah yang tidak diingini. Melalui servis ini, anda mampu menjaga keselamatan data dan privasi pelanggan anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengatur unlimited multiple records untuk laman web anda. Tertakhluk pada sebuah domain sahaja.

Sifar Notis Ralat

Melalui servis ini juga, ia membantu menurunkan peratus notis ralat muncul ke paparan browser anda atau pelanggan anda sekiranya mereka melawati laman sesawang anda. Respon DNS lebih pantas dan notis ralat mampu disifarkan jika sistem anda dalam keadaan yang terbaik.

Mudah untuk Digunakan

Meskipun anda tidak mempunyai pengetahuan yang luas tentang masalah perkomputeran, kami akan membantu dan membimbing anda untuk memahami servis tersebut. Pasukan kami sentiasa membantu anda 24/7/365 melalui e-mail mahupun aplikasi WhatsApp.