eCommerce Web Design

Small Investment with Large Profit Gain.

Rekabentuk Web E-Dagang

Kepentingan dan Kelebihan Memiliki Laman Web E-Dagang

Pada era globalisasi ini, pengguna internet semakin bertambah saban tahun. Penggunaan internet untuk membeli-belah secara atas talian adalah lebih mudah, cepat, tidak perlu bersesak menunggu giliran dan tiada had masa. 

Jika anda ingin mempamerkan produk jualan anda di internet, penyediaan laman web amatlah penting sekali. Namun begitu, penyediaan web sahaja tidak mencukupi! Anda memerlukan seseorang yang boleh meningkatkan visual dan kemudahan yang mesra pelanggan pada pengguna internet.

Kami mampu lakukannya untuk anda. Kami menggunakan CMS platform seperti WordPress dan OpenCart untuk penyediaan ruang laman web e-Dagang anda. Kami menawarkan harga yang berpatutan untuk anda mempamerkan produk jualan atau servis mengikut kesesuaian perniagaan anda. Serahkan tugas leceh kepada kami dan tumpukan pengisian laman e-dagang anda.

Rekabentuk Padat dan Mantap

Kami menyediakan laman web e-Dagang yang mempunyai rekabentuk adaptif, responsif, padat dan mantap. Kami akan mengayakan laman web anda dengan trend terkini daripada laman utama anda hingga kawasan confirmation order yang menepati kehendak anda. Setiap elemen rekabentuk akan diambil kira bagi memastikan pelanggan anda tidak keliru dan mudah untuk menggunakannya.

Mesra Pengguna

Kami akan merekabentuk dan menyesuaikannya dengan perniagaan anda lakukan. User Experience (UX) adalah amat penting sekali. Kami akan memastikan kesemuanya adalah dalam keadaan yang baik untuk pelanggan yang mengunjungi laman web anda. Memastikan pelanggan anda berpuas hati dan tidak perlu membuang masa dengan servis atau produk yang tidak menjanjikan harapan.

Padat dengan Ciri-ciri Interaktif

Web Design E-dagang (eCommerce) yang kami sediakan untuk anda adalah padat dengan beberapa ciri-ciri yang berguna untuk meningkatkan penjualan anda. Kami membantu anda untuk memilih keperluan yang bersesuaian dengan perniagaan anda lakukan. Tidak terlalu padat namun tidak terlalu kosong.

  • Web Interface yang mudah digunakan
  • Mudah menguruskan stok barangan
  • Pengurusan Inventori yang teratur
  • Pelbagai pilihan cara pembayaran
  • Pengendalian yang Fleksibel
  • Penapisan carian yang canggih
  • Pengurusan pelanggan teratur
  • Tiada had limit produk jualan
  • Analitis dan Statistik Jualan
  • Search Engine Friendly
Berminat untuk menggunakan servis kami sediakan?
Info Ringkas

MyLabuan Web Design & Hosting menyediakan pelbagai servis berkenaan penyediaan laman web dan web hosting. Bukan itu sahaja, kami menawarkan pada harga yang berpatutan dan fokus utama kami adalah peniaga-peniaga kecil yang kompetitif!

Di samping itu, kami juga menyediakan servis penyelenggaraan (maintenance) laman web pada semua jenis website. Bina perniagaan online anda bersama kami, MyLabuan. Kami menjanjikan ia tampak kreatif dan inovatif!

Reach us Now!
Lokasi Kedai

Lot 300, 1st Floor Taman Pasir Putih PH4, Jalan Gorongan, Putatan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah

0172179199

service@mylabuan.biz

Just ask us anything!