e-Commerce Web Design

Small Investment with Large Profit Gain.

Pengenalan Web e-Dagang

Pada era globalisasi ini, pengguna internet semakin bertambah saban tahun. Penggunaan internet untuk membeli-belah secara atas talian adalah lebih mudah, cepat, tidak perlu bersesak menunggu giliran dan tiada had masa. 

Jika anda ingin mempamerkan produk jualan anda di internet, penyediaan laman web amatlah penting sekali. Namun begitu, penyediaan web sahaja tidak mencukupi! Anda memerlukan seseorang yang boleh meningkatkan visual dan kemudahan yang mesra pelanggan pada pengguna internet.

Kami mampu lakukannya untuk anda. Kami menggunakan CMS platform seperti WordPress dan OpenCart untuk penyediaan ruang laman web e-Dagang anda. Kami menawarkan harga yang berpatutan untuk anda mempamerkan produk jualan atau servis mengikut kesesuaian perniagaan anda. Serahkan tugas leceh kepada kami dan tumpukan pengisian laman e-dagang anda.

eCommerce Web Design Service | Servis Web Design e-Dagang Malaysia
Info Tambahan
Rekabentuk Padat & Mantap

Kami menyediakan laman web e-Dagang yang mempunyai rekabentuk adaptif, responsif, padat dan mantap. Kami akan mengayakan laman web anda dengan trend terkini daripada laman utama anda hingga kawasan confirmation order yang menepati kehendak anda. Setiap elemen rekabentuk akan diambil kira bagi memastikan pelanggan anda tidak keliru dan mudah untuk menggunakannya.

Mesra Pengguna

Kami akan merekabentuk dan menyesuaikannya dengan perniagaan anda lakukan. User Experience (UX) adalah amat penting sekali. Kami akan memastikan kesemuanya adalah dalam keadaan yang baik untuk pelanggan yang mengunjungi laman web anda. Memastikan pelanggan anda berpuas hati dan tidak perlu membuang masa dengan servis atau produk yang tidak menjanjikan harapan.

Ciri-Ciri Utama Diterapkan
Easy Web Interface

Memastikan web interface untuk pengguna adalah mudah difahami dan mudah dikendalikan meskipun anda tidak mempunyai asas perkomputeran atau programming.

Pengurusan Stok Barangan

Memastikan pengurusan stok, pemantauan produk yang telah habis dijual, pemantauan prestasi penjualan dan lain-lain terkawal serta sistematik untuk pengguna sama ada pelanggan mahupun adminstrator.

Pelbagai Pilihan Cara Pembayaran

Menyediakan kemudahan untuk pengguna melakukan transaksi dalam pelbagai jenis mata wang dan cara pembayaran seperti menggunakan HelloPay, MOL point, PayPal dan lain-lain.

Penapisan Carian yang Canggih

Memastikan kata kunci yang dimasukkan oleh pelanggan ketika dalam ruangan carian adalah menepati produk atau servis yang disediakan. Memastikan hasil carian adalah menepati kehendak pengguna.

Search Engine Friendly

Memastikan penggunaan theme dan plug-in pada suatu laman web e-Dagang adalah SEO friendly kerana ia mampu mempengaruhi kedudukan laman web pengguna di dalam Google Web Ranking.

Analitis dan Statistik Jualan

Memastikan pengguna dapat membuat pemantauan tahap penjualan atas talian menggunakan platform yang disediakan pada ruangan Admin. Ia memudahkan pengguna untuk memantau kekurangan pada sistem mereka.