Email Continuity Service

Pengenalan

E-mail merupakan salah satu cara untuk berhubung dengan pelanggan atau rakan kenalan niaga anda untuk merapatkan hubungan antara dua hala. E-mail juga banyak digunakan dalam urusan rasmi seperti mendapatkan sebutharga suatu projek (project quotation), menyampaikan minit mesyuarat, penerimaan lantikan baru dan lain-lain.

Servis email continuity ini bertujuan untuk mengelakkan e-mail yang datang daripada pelanggan anda ditendang semula ke dalam peti e-mail mereka. Secara tidak langsung, imej syarikat atau perniagaan anda akan terjejas! Apabila e-mail pelanggan anda ditendang semula, anda tidak akan menerima apa-apa info berkaitan e-mail tersebut. Oleh itu, servis ini adalah bertujuan untuk bertindak sebagai backup server mail sehinggalah server induk mail anda beroperasi.

Secara umumnya, servis ini bertindak untuk menyimpan e-mail anda sementara waktu sehinggalah server induk mail anda beroperasi seperti biasa. Sebaik sahaja server induk mail anda kembali beoperasi, email yang telah disimpan akan dihantar ke server induk. 

Email Continuity Service | Kota Kinabalu, Sabah. | Mail Hosting Malaysia
Pakej Servis Email Continuity
1-Domain Only

Pakej ini hanya boleh digunakan pada satu domain sahaja. Sebarang penambahan bilangan domain akan dikemaskini di ruangan info pakej.

Large Bandwidth and Storage Space

Kami memberi had maksimum bandwidth dan storage space untuk kegunaan email sokongan (backup mail) sebanyak 5GB untuk mengelakkan kes mail abuse. Anda boleh rujuk di ruangan Terms of Services.

Web Mail Interface

Kemudahan ini akan disediakan untuk anda akses ruangan e-mail anda.

24/7 Technical Support

Pasukan kami sentiasa dalam talian untuk membantu menyelesaikan masalah anda hadapi untuk servis Email Continuity dan memastikan e-mail anda selamat serta boleh diakses dengan lancar.

Kelebihan Menggunakan Servis Email Continuity
Elak "Bounced-Email" Berlaku

Bounced-Email pasti berlaku apabila server Induk email anda mengalami masalah bekalan elektrik atau cakera keras (hard disk) corrupt. Servis ini bertujuan untuk menjadi backup server Induk e-mail anda dan menyimpannya sehingga server induk anda kembali beroperasi,

Menjaga Imej Perniagaan

Apabila berlaku "bounced-email" atau erti kata lain, apabila pelanggan menghantar email kepada anda dan kemudiannya ia ditendang semula ke dalam inbox mereka kerana server induk e-mail anda berlaku masalah. Imej syarikat atau perniagaan anda akan terjejas jika berterusan!