Kepentingan Memiliki Laman Web Sendiri

Adakah ia mempengaruhi anda sebagai seorang usahawan?

Kepentingan Memiliki Laman Web

Pada hari ini, saya ingin berkongsikan topik tentang kepentingan memiliki laman web. Kita dapat lihat ramai anak muda yang telah bergiat dengan gigih dalam melakukan perniagaan atas beberapa faktor iaitu :-

  • Mendapatkan pendapatan sampingan
  • Memperoleh pendapatan secara tetap (bisnes sendiri)
  • Mengaplikasikan teori-teori perniagaan yang telah dipelajari
  • Menambah pengalaman tentang dunia perniagaan

dan beberapa lagi faktor yang mampu mempengaruhi seseorang individu itu bergiat dalam bidang perniagaan. Seperti yang saya nyatakan di atas, memiliki laman web sendiri untuk bidang perniagaan mahu pun tujuan persendirian amat penting sekali terutama pada anak-anak muda yang ingin meluaskan target potensi pelanggan mereka secara meluas. 

Pada dasarnya, membina laman web sendiri akan memakan masa yang agak panjang untuk mempelajari selok-belok dan memahami bagaimana sistem yang wujud dalam laman web itu berfungsi. Oleh itu, servis Web Design semakin meluas dilakukan kerana permintaan yang agak tinggi daripada individu atau syarikat perniagaan yang memerlukan servis tersebut!

1. Pameran Produk Tanpa Had

Pada pengalaman saya, terdapat beberapa sebab mengapa pentingnya memiliki laman web sama ada untuk persendirian mahupun perniagaan. Pertama, laman web boleh mempamerkan produk-produk perniagaan anda tanpa had! Pastinya anda pernah menggunakan laman media sosial untuk mempamerkan produk-produk perniagaan anda, bukan? Saya juga pernah melakukannya kerana melalui laman media sosial, ia lebih pantas untuk sampai kepada pengguna dan paling penting sekali, mudah untuk digunakan! Walau bagaimanapun, jika anda kerap post tanpa henti, ia boleh dikatakan sebagai SPAM dan pengguna media sosial lain boleh block content.

2. Meluaskan Rangkaian Perniagaan

Seterusnya, anda boleh meluaskan rangkaian perniagaan anda ke tahap global! Pastinya anda akan merasakan potensi pelanggan bagi perniagaan anda tidak seharusnya berada di sekitar kawasan anda malah anda ingin meluaskan ia hingga ke tahap yang lebih tinggi, bukan? Dengan adanya laman web sendiri, anda bukan sahaja mendedahkan info perniagaan anda hanya terhad pada di Malaysia malah ia mampu hingga ke luar negara jika kena tekniknya! Walaupun peluang anda agak tipis, namun jiak anda tidak mencuba pasti anda tidak tahu hasilnya.

3. Meningkatkan Imej & Kredibiliti Perniagaan

Ketiga, laman web juga memainkan peranan meningkatkan imej perniagaan anda atau syarikat anda. Mengapa? Dunia teknologi pada hari ini telah memudahkan kita untuk mencari info-info tentang apa sahaja kita inginkan. Melalui laman web, pelanggan juga mudah untuk mencari info untuk menghubungi anda tanpa mencari satu-persatu post yang anda telah post di laman media sosisal. Memiliki laman web sendiri sebenarnya win-win situation pada anda dan pelanggan anda. Melalui cara ini, anda memperoleh customer baru secara tidak langsung! Oleh itu, melabur sedikit untuk membina laman web mampu meningkatkan pendapatan pelanggan anda untuk jangka masa yang panjang.

4. Kemudahan Internet, Potensi Pelanggan Meningkat!

Seterusnya, kemudahan internet pada hari ini telah membuka pintu luas pada usahawan-usahawan muda untuk meluaskan rangkaian perniagaan mereka ke mana-mana sahaja platform media sosial yang digunakan oleh semua lapisan masyarakat kerana ia lebih senang untuk diakses dan mudah untuk dihubungi. Meskipun begitu, laman web juga mempunyai fungsi yang sama dan mempunyai lebih banyak daya tarikan jika anda bijak mengatur langkah dalam mengaplikasikan ia ke teknik alam maya. Pengguna Internet hari ini lebih mudah untuk akses maklumat yang diingini dan pastinya apa sahaja produk atau servis yang anda sediakan, lebih mudah untuk diakses jika kesemua maklumat perniagaan anda berada di paparan carian Google! Potensi pelanggan anda bakal menjadi bakal pelanggan tetap anda, pasti anda tidak mahu terlepas, bukan?

5. Pengiklanan Secara Meluas

Selain itu, pengiklanan produk atau servis perniagaan adalah lebih mudah daripada menggunakan khidmat pengiklanan yang disediakan oleh platform media sosial seperti Facebook Ads dan Insta Ads. Namun begitu, pengiklanan melalui platform media sosial adalah lebih pantas untuk sampai kepada pengguna berbanding menggunakan laman web sendiri. Walau bagaimanapun, jika anda mempelajari teknik-teknik pengiklanan yang betul untuk laman web, lambat-laun servis atau produk perniagaan anda akan tersebar luas tanpa anda sedari! Jangan risau, jika anda tekun untuk mempelajarinya, sebulan pun dah cukup untuk memahami asasnya! Sekurang-kurangnya 6 bulan (tanpa menggunakan servis SEO) untuk anda memasuki ranking 2nd page Google Search tetapi anda harus bijak menggunakan Keyword dan tidak boleh letak secara sembarangan. 

Akhir sekali, saya sangat mengalakkan anak muda untuk memiliki laman web sendiri terutama usahawan-usahawan muda kerana memiliki laman web sangat membantu untuk mendapatkan pelanggan baru terutama pelanggan yang mempunyai interest pada jenis perniagaan anda. Dunia teknologi pada hari ini memudahkan kita mengakses info-info yang kita inginkan pada hujung jari sahaja. Kita tidak lagi hidup seperti 20 tahun yang lepas di mana teknologi itu adalah terhad pada golongan berada sahaja. Gunakanlah peluang ini dan luaskan jaring perniagaan anda ke tahap global.

Kesimpulannya, ia mempengaruhi perniagaan anda jika jenis perniagaan anda adalah penyediaan servis yang umum seperti penyediaan laman web, penulisan resume, penjualan barangan berkaitan bahan-bahan pencetakan dan lain-lain. Kemudahan Internet telah memudahkan anda untuk membantu memberi pendedahan yang luas pada perniagaan yang anda lakukan.

Jangan Lupa untuk Share!