Akar Umbi Kami

MyLabuan Web Design & Hosting merupakan salah satu perniagaan dibawah MyLabuan Enterprise. Kami telah berkecimpung dalam dunia perniagaan lebih daripada 10 tahun. Bukan sahaja berpengalaman, malah ramai pelanggan yang memberi kepercayaan terhadap servis dan produk kami lakukan. Anda tidak perlu risau dan ragu-ragu tentang kami kerana kepercayaan anda adalah semangat kami untuk meneruskan perniagaan kami untuk masa akan datang. Mylabuan Enterprise dikenali nama asalnya adalah Efaizent Enterprise. Kami memulakan perniagaan sejak 1995 bermula dengan menjual produk herba dan jamu. Kemudian, kami memulakan servis Web Hosting pada awal tahun 2003/2004. Kami masih meneruskan servis web hosting hingga ke hari ini di samping beberapa perniagaan terbaru yang telah kami masukkan di bawah MyLabuan Enterprise.

Antara perniagaan yang dilakukan oleh kami adalah :-

Di samping itu, kami menyediakan pelbagai servis berkaitan web design & hosting seperti website design, web graphic design, web hosting dan lain-lain. Pelbagai jenis servis disediakan untuk anda gunakan. Kami menawarkan harga yang berpatutan pada golongan-golongan peniaga yang ingin melibatkan diri ke dunia perniagaan yang lebih serius dan berdaya saing. Kerja keras sahaja tidak mencukupi jika tiada strategi dan sifat ingin tahu. Melalui servis-servis yang disediakan ini, kami akan menjamin anda bahawa perniagaan anda akan perlahan-lahan dikenali di serata tempat !

Info Team

Founder of MyLabuan Enterprise

Beliau telah berkecimpung dalam bidang web hosting lebih daripada 10 tahun. Perniagaan beliau kedua adalah berkenaan web hosting dan mempunyai pengalaman yang mendalam tentang server management.

Freelance Web & Graphic Designer

Web & Graphic Designer

Mula berkecimpung bidang rekabentuk grafik dan laman web sejak awal tahun. Asas bahasa perkomputeran telah diasah sejak 4 tahun lepas menerusi jurusan kejuteraan elektrik dan elektronik.

We want to build your trust with our services

Kualiti Terjamin

Memastikan hasil kualiti produk atau servis dilakukan adalah yang terbaik dan menepati citarasa pelanggan. Memenuhi objektif dan kehendak pelanggan adalah amat penting sekali bagi menjamin hubungan erat antara pelanggan dan MyLabuan Web Design & Hosting.

Amanah

Memastikan proses kerja yang dilakukan adalah tulus dan amanah bagi menjamin kepercayaan pelanggan terhadap servis dilakukan. Servis dilakukan dan dilaksanakan adalah setimpal dengan jumlah bayaran oleh pelanggan. Kami tidak akan sia-siakan duit anda walau se-sen pun.

Berpengalaman

Kami telah berkecimpung dalam bidang ini lebih daripada 10 tahun. Kepercayaan yang telah kami bina bersama pelanggan setia kami amatlah kami hargai. Tanpa mereka, siapalah kami.

Menepati Waktu

Memastikan tempahan yang telah dilakukan siap pada waktu yang telah ditetapkan. Menepati waktu adalah antara intipati prinsip kerja kami. Tanpa melengahkan waktu, ayuh langgani servis kami. Pantas dan cekap!

Antara perniagaan yang telah kami lakukan...
Info Ringkas

MyLabuan Web Design & Hosting menyediakan pelbagai servis berkenaan penyediaan laman web dan web hosting. Bukan itu sahaja, kami menawarkan pada harga yang berpatutan dan fokus utama kami adalah peniaga-peniaga kecil yang kompetitif!

Di samping itu, kami juga menyediakan servis penyelenggaraan (maintenance) laman web pada semua jenis website. Bina perniagaan online anda bersama kami, MyLabuan. Kami menjanjikan ia tampak kreatif dan inovatif!

Reach us Now!
Lokasi Kedai

Lot 300, 1st Floor Taman Pasir Putih PH4, Jalan Gorongan, Putatan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah

0172179199

service@mylabuan.biz

Just ask us anything!