Servis MyLabuan Web Design & Hosting

WebDesignBasicBase | Web Design Malaysia

Professional Web Design

Kami mewujudkan laman web intuitif, responsif, mesra pengguna yang membolehkan anda untuk mengawal proses perniagaan anda melalui online dengan selamat dan lancar. Bukan itu sahaja, rekabentuk yang moden & kreatif adalah salah satu cara untuk menarik hati pelanggan anda. Ciri-ciri adaptif pada semua jenis peranti dan ringan juga memainkan peranan penting. Oleh itu, segala ciri-ciri utama akan diterapkan dalam servis web design kami.

e-commerce Web Design

Meluaskan jaring perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi adalah amat penting sekali pada peniaga yang bersifat kompetitif dan berdaya saing ketika era digital ini. Melalui laman web e-dagang, anda boleh mempromosikan produk jualan anda lebih banyak dan mengenali pelbagai jenis pembeli di serata tempat. Kami akan mewujudkan anda ruang yang anda boleh lebarkan sayap perniagaan anda untuk terbang lebih jauh pada harga yang berpatutan.

WordPress-Logo | WordPress Hosting Sabah, Malaysia

WordPress Hosting

Penyediaan laman web amat penting sekali pada mana-mana jenis perniagaan yang ada di luar sana. WordPress adalah antara CMS yang paling disukai ramai kerana ia mudah untuk digunakan! WordPress Hosting ini dilengkapi dengan kelajuan yang mantap di samping dilengkapi dengan advanced cache add-on. Anda pasti akan rasa perbezaannya apabila menggunakan WordPress Hosting kami sediakan dan shared hosting biasa.

Web Maintenance Support

Penyelenggaraan laman web adalah amat penting sekali terutama pengguna yang menggunakan CMS platform seperti WordPress, JoomLa dan Drupal. Penyelenggaraan yang kami lakukan adalah untuk memastikan laman web anda tidak berlaku RAM spike surge, Overload CPU usage, PHP load error, Internal Script Error dan lain-lain. Di samping itu, laman web akan dijaga sepenuhnya daripada serangan DDOS dan virus merbahaya kepada website.

DNS Failover Service

Servis DNS Failover ini adalah berfungsi untuk mengekalkan laman web dan perkhidmatan web anda sentiasa online sekira berlaku isu ganguan bekalan kuasa di server anda atau rangkaian sistem. Proses ini dilakukan dengan menggerakkan trafik DNS ke alamat IP lain yang telah disediakan khas untuk menjadi “backup”. Oleh itu, servis ini bertujuan untuk membantu anda kekal berada di dalam talian tanpa menjejaskan servis perniagaan anda.

WebMailServer | Mail Continuity Service

Mail Continuity Service

E-mail merupakan salah satu elemen penting dalam perniagaan. Pernah berlaku e-mail anda “ditendang semula” ke tempat anda selepas menghantarnya? Jika Ya, mail server penerima mengalami masalah dan tidak menyediakan server sokongan. Pasti akan menjejaskan imej syarikat atau agensi anda jika berlaku perkara sedemikian. Oleh itu, servis ini adalah bertujuan untuk mengelakkan masalah itu berlaku!

Anda berminat dengan servis disediakan?

Info Ringkas

MyLabuan Web Design & Hosting menyediakan pelbagai servis berkenaan penyediaan laman web dan web hosting. Bukan itu sahaja, kami menawarkan pada harga yang berpatutan dan fokus utama kami adalah peniaga-peniaga kecil yang kompetitif!

Di samping itu, kami juga menyediakan servis penyelenggaraan (maintenance) laman web pada semua jenis website. Bina perniagaan online anda bersama kami, MyLabuan. Kami menjanjikan ia tampak kreatif dan inovatif!

Reach us Now!
Lokasi Kedai

Lot 300, 1st Floor Taman Pasir Putih PH4, Jalan Gorongan, Putatan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah

0172179199

service@mylabuan.biz

Just ask us anything!