Professional Web Design Service

Rekabentuk Laman Web Profesional

Web Design Malaysia | Adaptive, Responsive and Creative
Smiley Smartphone
Rekabentuk Web Responsif

Reka bentuk responsif membolehkan laman web anda menyesuaikan kandungannya secara automatik merentasi peranti dengan pelbagai saiz skrin, seperti telefon pintar, tablet dan desktop.

Custom Web Design
Ubahsuai Rekabentuk Web
Kami akan membimbing anda melalui keseluruhan proses perancangan dan pembinaan tapak asas laman web khusus yang bersesuaian dengan keperluan anda sama ada untuk perniagaan mahupun persendirian.
Brand
Visual Laman Web
Sekadar mempunyai laman web sahaja tidak mencukupi untuk menarik perhatian pelanggan atau pengunjung anda. Visual Grafik adalah “core” yang diperlukan pada setiap laman web sama ada menyediakan servis atau menjual produk. Visual laman web yang menarik akan mencerminkan identiti perniagaan anda secara tidak langsung.
WordPress logo
WordPress as CMS platform
Kami menggunakan WordPress sebagai CMS platform laman web. Ia lebih mudah untuk digunakan dan fleksibel. Anda tidak memerlukan kemahiran teknikal untuk menguasai Web Interface WordPress.

Ciri-ciri Utama Diterapkan

Servis rekabentuk laman web ini tidak terhad pada perniagaan secara online sahaja malah untuk kegunaan agensi-agensi dan sektor kecil yang memerlukan servis ini. Ia dilengkapi dengan kemudahan eCommerce dan visual grafik yang mampu menarik perhatian pengunjung anda di samping meningkatkan jumlah pelanggan anda.

SEO Friendly

SEO friendly dari segi theme dan plug-in yang digunakan untuk laman web tersebut. Ia bertindak untuk memudahkan crawler bot mengaut data web (non-sensitive) untuk di masukan ke dalam pangkalan data. SEO Friendly amat penting sekali untuk meningkatkan kedudukan anda di dalam Google Search Engine Ranking.

Ringan & Pantas

Laman web yang ringan dan pantas juga memainkan peranan untuk menarik pengunjung anda. Kajian membuktikan bahawa secara puratanya, sebaik sahaja 3 saat tamat, mereka akan berpindah ke laman web lain. Oleh itu, kelajuan yang konsisten amat memainkan peranan untuk menarik jumlah pengunjung yang tinggi.

Memantau Prestasi

Memantau prestasi laman web anda amatlah penting sekali. Kami akan melakukan pemantauan dari segi Uptime, Downtime, jumlah pelawat dan lain-lain. Di samping itu, pemantauan harus dilakukan setiap hari bagi melihat di mana tempat yang anda harus tingkatkan prestasinya agar keseimbangan dan populariti adalah konsisten menggunakan Google Analytics.

Kemaskini Laman Web

Kemaskini akan dilakukan sepanjang tempoh kami melakukan pembinaan laman web anda. Memastikan pengisian adalah menepati citarasa anda dan mampu menarik pengunjung luar mengenali servis atau perniagaan anda.

Visual Menarik

Bukan sahaja rekabentuk laman web yang kreatif memainkan peranan malah visual grafik yang menarik mampu meningkatkan jumlah pengunjung anda. Visual grafik memainkan peranan utama meningkatkan imej identiti perniagaan anda secara tidak langsung.

Pengisian Mantap & Difahami

Kami akan membantu anda menyampaikan semua maklumat penting yang dikehendaki oleh pelanggan. Pengisian yang padat, mantap dan mudah difahami akan memudahkan pelanggan anda mencari info servis atau produk yang diperlukan.

Proses Membina Laman Web

Perbincangan

Proses perbincangan ini akan dilakukan antara anda dengan pasukan rekabentuk laman web kami. Sewaktu proses ini dijalankan, kami akan mengenalpasti jenis perniagaan anda lakukan, identiti perniagaan, jenis laman web diperlukan dan lain-lain. Bertukar pendapat memainkan peranan penting untuk mencapai objektif anda.

Pembinaan

Sewaktu proses pembinaan ini, kami akan memberikan anda akses untuk melihat dan memberi komen tentang kekurangan yang perlu diperbaiki dari segi visual, pengisian, kelajuan dan lain-lain. Proses ini memerlukan kerjasama yang tinggi antara anda dan pasukan rekabentuk laman web kami. Jumlah tempoh diperlukan adalah seminggu.

Pelancaran

Jika anda telah berpuas hati dengan hasil kerja yang telah dilakukan, kami akan lancarkan laman web anda serta-merta. Kami akan memantau prestasi dan environment laman web anda dari semasa ke semasa.

Pemantauan

Selama sebulan, kami akan melihat prestasi laman web anda selepas secara rasmi dilancarkan. Kami akan menilai pengisian dan halaman yang memberi impak kepada pengunjung serta lihat di mana kekurangannya. Penambahbaikan akan dilakukan jika perlu.

Anda berminat dengan servis rekabentuk laman web kami?
Info Ringkas

MyLabuan Web Design & Hosting menyediakan pelbagai servis berkenaan penyediaan laman web dan web hosting. Bukan itu sahaja, kami menawarkan pada harga yang berpatutan dan fokus utama kami adalah peniaga-peniaga kecil yang kompetitif!

Di samping itu, kami juga menyediakan servis penyelenggaraan (maintenance) laman web pada semua jenis website. Bina perniagaan online anda bersama kami, MyLabuan. Kami menjanjikan ia tampak kreatif dan inovatif!

Reach us Now!
Lokasi Kedai

Lot 300, 1st Floor Taman Pasir Putih PH4, Jalan Gorongan, Putatan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah

0172179199

service@mylabuan.biz

Just ask us anything!