Professional Web Design Service

Rekabentuk atau Infrastruktur laman web memainkan peranan penting dalam mengekalkan kedudukan anda di dalam Google Web Ranking dan jumlah pengunjung ke laman web anda.

Pengenalan

Kami menyediakan servis merekabentuk laman web daripada kanvas putih sehingga dipenuhi dan diwarnai dengan keindahan kreativiti pengisian laman web anda idamkan. Pengisian yang mantap dan berfaedah pasti menarik perhatian pengunjung ke laman web anda. 

Fokus Utama kami adalah membangunkan peniaga kecil-kecilan dan agensi-agensi kecil yang memerlukan khidmat ini. Penyediaan dan merekabentuk laman web adalah bukan sahaja sekadar syarat memenuhi quota namun ia mampu meningkatkan imej perniagaan serta servis dilakukan! Ia memudahkan pelanggan dan orang ramai untuk mengenali lebih dalam tentang servis atau produk jualan anda lakukan.

Info Tambahan
Rekabentuk Laman Web Responsif & Inutif

Reka bentuk responsif membolehkan laman web anda menyesuaikan kandungannya secara automatik merentasi peranti dengan pelbagai saiz skrin, seperti telefon pintar, tablet dan desktop.

Pengubahsuaian Rekabentuk Laman Web

Kami akan membimbing anda melalui keseluruhan proses perancangan dan pembinaan tapak asas laman web khusus yang bersesuaian dengan keperluan anda sama ada untuk perniagaan mahupun persendirian.

Visual Web Menarik

Visual Grafik adalah "core" yang diperlukan pada setiap laman web sama ada menyediakan servis atau menjual produk. Visual laman web yang menarik akan mencerminkan identiti perniagaan anda secara tidak langsung.

Mainstream Platform

Kami menggunakan WordPress sebagai CMS platform laman web. Ia lebih mudah untuk digunakan dan fleksibel. Anda tidak memerlukan kemahiran teknikal untuk menguasai Web Interface WordPress.

Ciri-Ciri Utama Diterapkan
SEO Friendly : Carta Google

SEO friendly dari segi theme dan plug-in yang digunakan untuk laman web tersebut. Ia bertindak untuk memudahkan crawler bot mengaut data web (non-sensitive) untuk di masukan ke dalam pangkalan data. Mampu mempengaruhi Google Web Ranking dalam search engine.

Kurang Beban & Pantas!

Laman web yang ringan dan pantas juga memainkan peranan untuk menarik pengunjung anda. Kajian membuktikan bahawa secara puratanya, pengguna internet yang mengunjungi laman web hanya menunggu 3 saat sahaja dan sekiranya lebih daripada itu, mereka akan meninggalkannya.

Pemantauan Konsisten

Pemantauan prestasi laman web harus dilakukan secara tetap dan konsisten dari semasa ke semasa bagi mengelakkan berlakunya masalah yang tidak diingini oleh pengunjung laman web anda. Google Analytics merupakan salah satu platform yang boleh digunakan sebagai pemantauan tetap.

Pengisian Mantap & Difahami

Penyampaian maklumat atau info-info berkaitan perniagaan anda akan dilakukan dengan susunan ayat yang tepat dan menarik perhatian. Pengisian yang padat dan mudah difahami membolehkan pelanggan anda mengetahui info-info berkaitan servis atau produk jualan anda lakukan.

Proses Membina Laman Web
Perbincangan

Proses perbincangan melibatkan anda dan pasukan kami untuk mengenalpasti jenis laman web yang diingini dan jenis rekabentuk atau design laman web diperlukan. Masing-masing akan bertukar pendapat dan harus mencapai konklusi yang cukup asasnya untuk proses seterusnya.

Pembinaan

Proses pembinaan laman web memakan masa sekurang-kurangnya satu minggu untuk ke semua jenis laman web. Sewaktu proses ini dijalankan, anda diberikan akses oleh pasukan kami untuk melihat kekurangan sekiranya berlaku dari segi pengisian, kelajuan, rekabentuk dan lain-lain.

Pelancaran

Sebaik sahaja proses pembinaan laman web selesai sepenuhnya, proses pelancaran akan dilakukan bagi melihat prestasi laman web tersebut. Proses ini mampu memakan masa sekurang-kurangnya satu minggu untuk melihat sama ada timbul masalah ralat atau kecacatan pada mana-mana sistem.

Pemantauan

Secara kesimpulannya, kesemuanya memakan masa lebih kurang satu bulan kerana proses pemantauan juga harus dilakukan bagi memastikan sistem pada laman web adalah mesra pengguna dan masalah seperti script error atau bug tidak timbul serta mengganggu sistem anda.

Penyerahan

Sebaik sahaja proses pemantauan telah selesai dilakukan dan telah disahkan tidak mempunyai ralat pada sistem, pasukan kami akan menyerahkan sepenuhnya hak laman web tersebut pada anda. Jika berlaku atau wujudnya apa-apa masalah pada laman web anda selepas proses penyerahan selesai dilakukan, anda boleh hubungi kami pada bila-bila masa sahaja. Kami sedia untuk membantu anda.