Penyelenggaraan Laman Web

Anda ada website? Bagus. Website anda nampak kreatif dan cantik? Bagus. Tetapi, adakah anda lakukan penyelenggaraan pada laman web anda? Tidak??? Jika anda tidak pernah pun melakukan sebarang penyelenggaraan pada laman web anda, pasti berlaku beberapa masalah dalaman yang anda terlepas pandang.

Oleh itu, kami menyediakan servis penyelenggaraan ini bagi membantu kemaskini plug-in, software update, PhP error dan lain – lain. Anda pasti merasa perubahan yang besar berlaku pada laman web anda apabila menggunakan servis kami.

  1. Beban (load) laman web anda akan berkurang sebanyak 20 ~ 30%. 
  2. Masa untuk akses laman utama anda pasti kurang daripada 5 saat. (Penting untuk Google Ranking & Search Engine Optimization)
  3. Laman web anda akan lebih selamat daripada serangan virus luar seperti malware, trojan, SpamBot dan lain-lain.
  4. Meningkatkan kecekapan laman web dan mengurangkan beban lebihan yang tidak diperlukan.
Maintenance Support | Web Maintenance based at Kota Kinabalu, Sabah | Malaysia

Kemahiran Utama Kami

WordPress Management
Web Optimization
PHP, CSS, HTML
Search Engine Optimization

Penyelesaian Masalah yang Sempurna

Setelah berkecimpung dalam bidang berkaitan web hosting dan pengurusan WordPress ini, kami telah melakukan pelbagai kajian yang terkini mengikut trend internet masa kini. Melalui kajian dilakukan, terdapat banyak laman web yang memaparkan penggunaan plug-in / widget berlebihan atau yang langsung tidak berguna pada laman web mereka. Di samping itu, sebilangan pengguna laman web langsung tidak kemaskini laman web mengikut sistem terkini seperti ia mampu adaptif pada semua jenis peranti pengguna.

Fungsi Utama Servis Kami

Keselamatan

Memastikan laman web anda bebas daripada bug dan virus yang berbahaya. Sekatan Bad Bots, DDOS attack, SQL injection akan dilakukan dengan firewall security yang telah dikonfigurasi dalam server kami.

Kemaskini Perisian

Sebarang perisian yang perlu dikemaskini akan dilakukan oleh kami dan kami akan melihat tahap prestasi laman web anda dari semasa ke semasa selepas dikemaskini perisian tersebut.

Plug-in & Theme

Pengemaskinian segala jenis plug-in dan theme akan dilakukan pada setiap minggu. Memastikan environment laman web anda dalam keadaan yang baik sekali. Tanpa pengawasan yang teliti, penceroboh boleh mencerobohi laman web anda dengan mudah sekali.

Uptime & Downtime

Kami akan memantau uptime & downtime laman web anda dari semasa ke semasa. Jika berlakunya downtime, kami serta-merta akan menyelesaikan masalah tersebut. Perkhidmatan kami adalah 24/7/365.

Pakej Penyelenggaraan Laman Web

Standard

RM 200/sebulan

  • Daily Backup
  • Uptime & Security Check
  • Equip CDN & Memcache
  • Image & Video Optimization
  • Monitor through Google Analytics
  • Update Theme & Plug-in Latest Version

Penerangan Selanjutnya

  • Migrasi Laman Web
  • Kemaskini perisian dan plug-in WordPress
  • Membuat kemas kini dan perkembangan laman web baru
  • Menambah dan memperbaharui sebarang berita baru berkaitan syarikat
  • Memperbaharui data-data berkaitan syarikat dan staff
  • Menambah halaman web baru tentang servis atau produk baru
  • Meningkatkan kandungan laman dan halaman web untuk kegunaan Search Engine Optimization (SEO)
  • Mengemaskini waktu beroperasi, jadual operasi dan maklumat berkaitan
  • Membaiki masalah berkaitan script & bug errors.
  • Menambah imej dan kandungan baru berkaitan syarikat.
  • Melakukan kemaskini laman web dan backup
  • Mengoptimumkan imej dan video sedia ada untuk SEO
  • Menganalisis laman web yang mempunyai pautan rosak.

Makluman: Penyelenggaraan web ini hanya dilakukan untuk website menggunakan WordPress site sahaja.

Prestasi Laman Web Ditingkatkan!
Content Delivery Network (CDN)

Jika anda menggunakan servis penyelenggaraan ini, kami akan lihat potensi dan prestasi laman web anda sama ada perlu menggunakannya atau tidak. CDN menyimpan salinan aset statik (imej, PDF, CSS dan JavaScript) dari laman web anda pada server yang ditempatkan di seluruh dunia. 

Kemudian, server ini mengedarkan fail anda dari lokasi geografi terdekat kepada pengunjung tapak. Ini dapat meningkatkan kelajuan laman web anda. Kelajuan laman web anda mempengaruhi faktor kedudukan anda di dalam Google Search Engine.

Anda boleh cek kelajuan laman web anda di Pingdom Tools. Grade laman web kami adalah 90+. Anda hanya perlu taip laman web dan pilih lokasi untuk test ping laman anda. Lihat penerangan di bawah dan grade anda. 

Jika grade anda adalah 50 – 75, kami mampu membantu meningkatkan ia 85-90 pada waktu yang singkat. Sekadar memiliki laman web tanpa intipati yang sesuai untuk dalaman pasti laman web anda kurang perhatian pengunjung.

Advanced Cached Server Add-on

Bukan sahaja CDN akan diberikan malah server kami sendiri dilengkapi dengan advanced cached. Ia amat penting sekali pada pengguna yang mempunyai jumlah imej, script, dan files yang banyak untuk dipanggil daripada server kepada peranti pengunjung laman web anda.

Memcached dan Cloud Linux adalah antara add-on yang digunakan sebagai “page caching” laman web anda. Segala proses penyimpanan tidak panggil sepenuhnya daripada disk. Ia bukan sahaja mengurangkan beban server malah ia menambah kelajuan laman web anda untuk berfungsi dengan lebih lancar.

Kami telah menggunakan fungsi ini pada beberapa laman web perniagaan kami dan berasa puas hati terhadap prestasi yang diberikan. Pasti tidak menghampakan anda. Tidak kira sama ada laman web anda adalah medium rate traffic atau high rate traffic, memcached dapat mengatasi masalah tersebut!

Antara laman web yang terkenal menggunakan memcached adalah Facebook, Youtube, Reddit, Twitter dan banyak lagi.

Fokus Pada Satu

Usah risau tentang isu dalaman kerana kami akan membantu anda sepenuhnya pada bila-bila masa sahaja. Anda hanya perlu fokus untuk membina dan mewarnai wajah laman web anda dengan pengisian yang mantap dan kreatif bagi menarik perhatian pengunjung ke laman web anda. 

Sebarang soalan boleh kemukan di e-mail kami iaitu service@mylabuan.biz atau gunakan support ticketing system kami iaitu MyLabuan’s Support CentreKami akan segera menjawab sebarang persoalan anda tentang servis disediakan.

Reach Us Now!
Info Ringkas

MyLabuan Web Design & Hosting menyediakan pelbagai servis berkenaan penyediaan laman web dan web hosting. Bukan itu sahaja, kami menawarkan pada harga yang berpatutan dan fokus utama kami adalah peniaga-peniaga kecil yang kompetitif!

Di samping itu, kami juga menyediakan servis penyelenggaraan (maintenance) laman web pada semua jenis website. Bina perniagaan online anda bersama kami, MyLabuan. Kami menjanjikan ia tampak kreatif dan inovatif!

Reach us Now!
Lokasi Kedai

Lot 300, 1st Floor Taman Pasir Putih PH4, Jalan Gorongan, Putatan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah

0172179199

service@mylabuan.biz

Just ask us anything!