Website Maintenance

Maintaining and Troubleshooting Your Site Problem is Our Job.

Pengenalan Servis Web Penyelenggaraan

Anda ada website? Bagus. Website anda nampak kreatif dan cantik? Bagus. Tetapi, adakah anda lakukan penyelenggaraan pada laman web anda? Tidak??? Jika anda tidak pernah pun melakukan sebarang penyelenggaraan pada laman web anda, pasti berlaku beberapa masalah dalaman yang anda terlepas pandang.

Oleh itu, kami menyediakan servis penyelenggaraan ini bagi membantu kemaskini plug-in, software update, PhP error dan lain – lain. Anda pasti merasa perubahan yang besar berlaku pada laman web anda apabila menggunakan servis kami.

  1. Beban (load) laman web anda akan berkurang sebanyak 20 ~ 30%. 
  2. Masa untuk akses laman utama anda pasti kurang daripada 5 saat. (Penting untuk Google Ranking & Search Engine Optimization)
  3. Laman web anda akan lebih selamat daripada serangan virus luar seperti malware, trojan, SpamBot dan lain-lain.
  4. Meningkatkan kecekapan laman web dan mengurangkan beban lebihan yang tidak diperlukan.
Maintenance Support | Web Maintenance based at Kota Kinabalu, Sabah | Malaysia
Info Tambahan
Pemantauan Konsisten

Apa sahaja jenis laman sesawang yang menggunakan PHP script, pastinya tidak terlepas dengan masalah bug & error script apabila tidak dilakukan penyelenggaraan secara konsisten. Servis ini bertujuan untuk membantu pemilik laman web yang tidak mempunyai kemahiran teknikal atau pengetahuan teknikal untuk melakukan penyelenggaraan (maintenance) secara konsisten pada harga yang berpatutan.

Fungsi Utama Penyelanggaraan Laman Sesawang
Keselamatan Web Terjamin

Memastikan laman web anda bebas daripada bug dan virus yang berbahaya. Sekatan Bad Bots, DDOS attack, SQL injection akan dilakukan dengan firewall security yang telah dikonfigurasi dalam server kami.​

Kemaskini Aplikasi & Perisian

Sebarang perisian yang perlu dikemaskini akan dilakukan oleh kami dan kami akan melihat tahap prestasi laman web anda dari semasa ke semasa selepas dikemaskini perisian tersebut. ​

Mencari Ralat dalam Sistem atau Script

Pengemaskinian segala jenis plug-in dan theme akan dilakukan pada setiap minggu. Memastikan environment laman web anda dalam keadaan yang baik sekali. Sebarang ralat ditemui dalam sistem atau script akan diperbaiki dalam masa yang singkat bagi menyekat berlaku pencerobohan sistem.​

99.99% Uptime Laman Web

Kami akan memantau uptime & downtime laman web anda dari semasa ke semasa. Pada umumnya, Uptime Laman Web harus konsisten 99.99% dalam talian pada setiap masa. Jika berlakunya downtime, kami serta-merta akan menyelesaikan masalah tersebut.

Pakej Penyelenggaraan Laman Web

Startup

Web Maintenance Service
/ sebulan
  • Daily Backup Data
  • Equip CDN & Memcache
  • Up-to-Date Latest Ver. Apps
  • Uptime 99.99% Guaranteed
  • Image & Video Optimization
  • Monitoring Google Analytics
Ciri-Ciri Pakej adalah seperti berikut :-
  • Migrasi Laman Web
  • Kemaskini perisian dan plug-in WordPress
  • Membuat kemas kini dan perkembangan laman web baru
  • Menambah dan memperbaharui sebarang berita baru berkaitan syarikat
  • Memperbaharui data-data berkaitan syarikat dan staff
  • Menambah halaman web baru tentang servis atau produk baru
  • Meningkatkan kandungan laman dan halaman web untuk kegunaan Search Engine Optimzation (SEO).
  • Mengemaskini waktu beroperasi, jadual operasi dan maklumat atau data berkaitan.
  • Membaiki masalah ralat yang berlaku pada script.
  • Menambah imej dan kandungan baru berkaitan syarikat.
  • Melakukan kemaskini laman web dan backup
  • Mengoptimumkan imej dan video sedia ada untuk SEO
  • Menganalisis laman web yang mempunyai pautan rosak.
MAKLUMAN:-

Servis penyelanggaraan laman web ini hanya tertumpu pada pemilik atau pengguna laman sesawang menggunakan platform WordPress sebagai Content Management System sahaja.

Ia juga terbuka pada pelanggan yang telah melanggani perkhidmatan kami dan segala pengurusan adalah 100% dilakukan oleh pihak kami. 

Prestasi Laman Web Ditingkatkan!

Content Delivery Network (CDN)

Jika anda menggunakan servis penyelenggaraan ini, kami akan lihat potensi dan prestasi laman web anda sama ada perlu menggunakannya atau tidak. CDN menyimpan salinan aset statik (imej, PDF, CSS dan JavaScript) dari laman web anda pada server yang ditempatkan di seluruh dunia.

Kemudian, server ini mengedarkan fail anda dari lokasi geografi terdekat kepada pengunjung tapak. Ini dapat meningkatkan kelajuan laman web anda. Kelajuan laman web anda mempengaruhi faktor kedudukan anda di dalam Google Search Engine.

Anda boleh cek kelajuan laman web anda di Pingdom Tools. Grade laman web kami adalah 90+. Anda hanya perlu taip laman web dan pilih lokasi untuk test ping laman anda. Lihat penerangan di bawah dan grade anda.

Jika grade anda adalah 50 – 75, kami mampu membantu meningkatkan ia 85-90 pada waktu yang singkat. Sekadar memiliki laman web tanpa intipati yang sesuai untuk dalaman pasti laman web anda kurang perhatian pengunjung.

Advanced Cached Server Add-On

Bukan sahaja CDN akan diberikan malah server kami sendiri dilengkapi dengan advanced cached. Ia amat penting sekali pada pengguna yang mempunyai jumlah imej, script, dan files yang banyak untuk dipanggil daripada server kepada peranti pengunjung laman web anda.

Memcached dan Cloud Linux adalah antara add-on yang digunakan sebagai “page caching” laman web anda. Segala proses penyimpanan tidak panggil sepenuhnya daripada disk. Ia bukan sahaja mengurangkan beban server malah ia menambah kelajuan laman web anda untuk berfungsi dengan lebih lancar.

Kami telah menggunakan fungsi ini pada beberapa laman web perniagaan kami dan berasa puas hati terhadap prestasi yang diberikan. Pasti tidak menghampakan anda. Tidak kira sama ada laman web anda adalah medium rate traffic atau high rate traffic, memcached dapat mengatasi masalah tersebut!

Antara laman web yang terkenal menggunakan memcached adalah Facebook, Youtube, Reddit, Twitter dan banyak lagi.